Tuesday, May 29, 2012

alkisahnya...

Alkisahnya.. kesabaran yang bukan sedikit menuntut hati ini untuk terus bertahan demi keluarga dan anak2 tersayang. Bahkan kebajikan diri sendiri terpaksa di abaikan dan bukan lagi menjadi satu keutamaan. Dugaan demi dugaan yang hadir tanpa di jemput ini seringkali membuatkan jiwa memikirkan akan perkara2 yang telah di lakukan. Adakah ini satu pembalasan atau kenyataan yang harus di pikul supaya diri lebih matang menghadapi kesukaran dalam perjalanan hidup atau satu cara untuk lebih mendekatkan diri kepadaNYa.? Insyaallah..semoga ketabahan sering bersamaku.. semoga kesabaran sering tanpa jemu melalui hari2 sukar yang harus di tempuh..

Wednesday, January 25, 2012

4 bulan suda...



Alhamdulillah..hari ni genap 4bulan Muhammad Arish Najmi. Nak cerita pasal 4 bulan lepas? haha..memang la tak dapat di lupakan detik2 itu. Sepatutnya hero mak ni due pada 29/9 barulah sama ngan Aki. Tp nampaknya Arish nak keluar lebih awal..tak sabar2 lagi nak jumpa mak nye.. maka 25/9 pukul 7.37pagi..Arish pun menampakkan dirinya. Waktu itu beratnya 4.23kg dan tinggi 53cm. Haaa?? 4.23kg yer! Mak pun hampir tidak percaya pada waktu itu kerana semuanya berjalan dengan mudah sekali, rezeki..Arish dilahirkan secara normal..alhamdulillah dan syukur tidak terhingga kepada Yang Maha Esa di atas kurniaan rezeki yang diberikan. Amin

Wednesday, September 21, 2011

Hati Yang Terkucil...

Lately ni aku jd sensitif sangat. Mungkin sebab kepenatan yang menyebabkan badan tidak dapat memberikan isyarat positif kepada otak untuk berfikir secara relavan. Hakikatnya mungkin ini juga di hadapi oleh ibu2 mengandung yang dah nak sampai masa cam aku ni.

Penat tu bole terjadi banyak sebab. Di antaranya, kurangnya mendapat tidur yang berkualiti bermula dari bulan ke 7..apabila sudah membesar dan mengembang. Nak mengiring tak kena nak baring tak kena nak tidur meniarap lagi la tak kena. Seterusnya dalam satu malam terpaksa pula bangun sekurang kurangnya 2 kali atau maybe lebih sbb rasa nak terkucil jer. Namun, aku bersyukur sangat2 sbb tidak mengalami masalah alahan yang teruk sepanjang mengandung. Mungkin ibu lain di luar sana lebih teruk dari aku. Alahan sepanjang mengandung, tiada tidur berkualiti dan di tambah lagi hal2 persekitaran yang memenatkan, kerja, keluarga, pembahagian masa dalam kehidupan seharian. Kadang2 tidak cukup masa untuk diri sendiri. Ini la di namakan pengorbanan.

Membawa 'muatan' berlebihan hampir 7-8 kilo menyebabkan badan2 merasa sengal2, sakit2 pinggang, kaki, lutut dan bengkak kaki adalah perkara yang harus di harungi. Ini belum di tambah lagi dengan pemeriksaan kesihatan. Aku terpaksa membuat BSP test sepanjang mengandung kerana berat berlebihan dan dikhuatiri mempunyai GDM. Tp alhamdulillah tidak ada GDM seperti yang di syaki oleh Dr. sbelum ini.

Maka tidak hairanlah sensitif semakin menjadi2. Bukan mahu mengeluh, bukan mahu komen...syukur tidak terhingga dengan anugerah dan 'nikmat2' yang dikurniakan sepanjang 9 bulan ini. Cuma apa yang di harapkan adalah secebis pengertian dan pemahaman orang di sekeliling..tentang apa yang di rasai dan di lalui oleh ibu2 mengandung. Di bawah ini, aku senaraikan penyakit2 sensitif yang aku terpaksa dihadapi dengan penuh SABAR;

1. Aku agak sensitif dengan belon..yang di masukkan ke dalam baju..huhu
2. Apabila orang bertanya..'bila lagi nak meletup?"...ko ingat aku apa? belon?? bom??
3. Apabila aku makan dan orang akan kata.. 'sudah2 laa...dah kenyang sangat dah tu"..padahal aku baru stat makan.
4. Apabila sering di tanya..'eh..ada lagi?" kenapa? tak suka ke aku ada lagi?? tak payah la tanya soalan yang tak cerdik camtu..kalau dah sampai masa ...sampai la..

Memang aku EMO skit arini...aku pun tatau kenapa....