Wednesday, September 21, 2011

Hati Yang Terkucil...

Lately ni aku jd sensitif sangat. Mungkin sebab kepenatan yang menyebabkan badan tidak dapat memberikan isyarat positif kepada otak untuk berfikir secara relavan. Hakikatnya mungkin ini juga di hadapi oleh ibu2 mengandung yang dah nak sampai masa cam aku ni.

Penat tu bole terjadi banyak sebab. Di antaranya, kurangnya mendapat tidur yang berkualiti bermula dari bulan ke 7..apabila sudah membesar dan mengembang. Nak mengiring tak kena nak baring tak kena nak tidur meniarap lagi la tak kena. Seterusnya dalam satu malam terpaksa pula bangun sekurang kurangnya 2 kali atau maybe lebih sbb rasa nak terkucil jer. Namun, aku bersyukur sangat2 sbb tidak mengalami masalah alahan yang teruk sepanjang mengandung. Mungkin ibu lain di luar sana lebih teruk dari aku. Alahan sepanjang mengandung, tiada tidur berkualiti dan di tambah lagi hal2 persekitaran yang memenatkan, kerja, keluarga, pembahagian masa dalam kehidupan seharian. Kadang2 tidak cukup masa untuk diri sendiri. Ini la di namakan pengorbanan.

Membawa 'muatan' berlebihan hampir 7-8 kilo menyebabkan badan2 merasa sengal2, sakit2 pinggang, kaki, lutut dan bengkak kaki adalah perkara yang harus di harungi. Ini belum di tambah lagi dengan pemeriksaan kesihatan. Aku terpaksa membuat BSP test sepanjang mengandung kerana berat berlebihan dan dikhuatiri mempunyai GDM. Tp alhamdulillah tidak ada GDM seperti yang di syaki oleh Dr. sbelum ini.

Maka tidak hairanlah sensitif semakin menjadi2. Bukan mahu mengeluh, bukan mahu komen...syukur tidak terhingga dengan anugerah dan 'nikmat2' yang dikurniakan sepanjang 9 bulan ini. Cuma apa yang di harapkan adalah secebis pengertian dan pemahaman orang di sekeliling..tentang apa yang di rasai dan di lalui oleh ibu2 mengandung. Di bawah ini, aku senaraikan penyakit2 sensitif yang aku terpaksa dihadapi dengan penuh SABAR;

1. Aku agak sensitif dengan belon..yang di masukkan ke dalam baju..huhu
2. Apabila orang bertanya..'bila lagi nak meletup?"...ko ingat aku apa? belon?? bom??
3. Apabila aku makan dan orang akan kata.. 'sudah2 laa...dah kenyang sangat dah tu"..padahal aku baru stat makan.
4. Apabila sering di tanya..'eh..ada lagi?" kenapa? tak suka ke aku ada lagi?? tak payah la tanya soalan yang tak cerdik camtu..kalau dah sampai masa ...sampai la..

Memang aku EMO skit arini...aku pun tatau kenapa....

No comments: