Sunday, June 12, 2005

Alhamdulillah..

Kesakitan akibat contraction dah pun di rasai pada 2/6/2005. Opah cakap esok le tu. Hmmm betul sangkaan opah. Makfiza di kejarkan KMC pada jam 7 pagi keesokan harinya. Selepas tak dapat nak lelap mata akibat contraction yang semakin menyengat datang selang sejam..kemudian selang 10 minit. 7.30 pagi di masukkan ke wad. Bilik 220. Pengalaman bersalin kali kedua banyak di ambil diiktibar daripada pengalaman pertama sewaktu melahirkan Arleesya. Tiada sebarang ubat tahan sakit...gas, air, epidural..dsb tak di ambil. Sbb mende2 tuu hanya akan melambatkan proses contraction. Ini pendapat makfiza le. Lagipun nama je ubat tahan sakit...sakit jugak..Biarlah makfiza bertahan saja...demi mempercepatkan proses bersalin. Lagipun makfiza dah tak sabar nak menatap wajah puteri kedua ini.


Bersama Keberkatan di pagi Jumaat, 3/6/2005 jam 10.41pagi di Kuantan Medical Centre, lahir seorang puteri, Ariana Nabila Bt Arman yang seberat 3.57kg! Kelahiran Ariana adalah secara normal dan di sambut oleh Dr. Mokhtar Awang dan 2 org bidan lagi. Terima kasih di atas layanan baik yang diberikan kepada makfiza oleh kakitangan KMC, sepanjang berada di sana.

No comments: