
Pada 24hb Ogos 2008 yakni bulan depan, lebih kurang sebulan lagi akan mengesahkan aku mendapat segulung ijazah. Tp tu dulu2 gulung skrg dah tak gulung dah. Dah letak dalam hardcover ala-ala buku gitu. Oklah tak la cepat rosak kot. Jd kena laa tuka bukan segulung ijazah tp sekeping ijazah dalma hardcover. kukikuki. Anyway memang ni la saat2 yang di tunggu2 dan teruja sekali dalam hidup seseorang yang telah melalui perit jerih pengorbanan selama 4 thn atau lebih. Perasaan yang sukar digambarkan ni kira cam nak menikah je..Tp lain skit. Kali ni xde pengantin. Sorang2 je pengantin..kahkahka..apa raa..xcited betol.
Antara proses2 xcited tu termasuklah sepersalinan dari hujung tudung sampai ujung kaki..semua nak baru dan ada perkataan 'konvo' di belakangnya. Contohnya..baju 'konvo',kasut 'konvo', makeup 'konvo', handbeg 'konvo'.tudung 'konvo'..huhuh secara tak langsung sepersalinan jugak turut 'konvo'. Heheeh lantak la apa org nak kata tp bg aku memang kena all out . Yalah bukan jugak tiap2 tahun kita konvo..entah2 ni laa konvo yang last selepas diploma. Rasanya nak sambung Master atau Phd tu jauh sekali la. Haaa apa lagi pulun pulun biar perabih. Hehehe.
Tp bila di bayangkan semula..nak mendapatkan sekeping ijazah itu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit tetapi nak mendapatkannya sekejab je..cuma setengah hari dan beberapa minit di atas stage..pastu...habis cerita..so kalau saat2 ini tidak di nikmati sepenuhnya rasanya amatla rugi. Oklah aku harap takde laa ada aral2 yang melintang dan terlentang menjelang sblm semasa dan sesudah majlis berlangsung..amin..
No comments:
Post a Comment