Friday, May 22, 2009

Gugurnya air mata makfiza

"Tengahari ni mak amik ..tunggu kat Opah (pondok guard) macam biasa...".."OK" jawab arleesya ringkas..padat dan penuh kefahaman (aku rasa) sbb mende ni dah jd rutin setiap jumaat tengahari aku akan amik dia bawak balik umah. So hari jumaat ngan rasminya takde la kelas KAFA. Kenapa? sbb aku nak dia rest lebih lama..dan tak mahu dia penat sangat..dgn rutin kelas setiap hari balik pukul 5 ptg. Aku yang kerja hari2 balik pukul 5 pun dah penat ini kan pulak budak darjah 1. Punya la hati mak2 ni...kesian kat anak.

Td..mcm biasa aku akan keluar awal dari opis ..1205tnghari. Lebih kurang 12.15 gitu sampai la ke sekolah lisya. Tak la jauh mana dari ofis aku ni..cuma kena lalu trafik light dan jammed tu yang kadang2 dari 10 min jd 15 min kdg2..setgh jam pun ada. Bukan jammed apa pun..jammed depan sekolah dia jugak ngan kete2 parents nak amik anak. Td cam biasa kete memang banyak tapi..ok lah dapat jugak parking. Aku tau dah pe'el mek lisya ni..dia biasanya akan turun lambat. Kalau budak2 lain ...12.15tgh abih sek. jumaat je berlari2 kejar mak bapak yang sedang menunggu..tp anak aku lain. Dia tak suka berebut2 kat tangga ngan budak2 lain yang sibuk nak turun sama. Dia akan ikut jalan jauh turun tangga lain. Ok fine..aku dah biasa..tunggu lebih 5 min tu..no hal. Aku tgk2 jam ...12.18tgh.. oklah kot bole la aku tunggu kat pondok pengawal tu..

12.20..aku nampak kawan sekelas dia nurin dah turun. Ayah dia pun dah amik..aku tanya 'MANA ARLEESYA" dia jawab..."TATAU". Ok..takpe ..tunggu lagi.. makin lama..makin kurang parents yang tunggu sbb anak2 seme dah ada..dah balik belaka. Aku dah jd tak sedap hati. Aku tanya la Opah..kalau2 nampak dia..opah jawab. 'TAKDE..SELALU MESTI NAMPAK KAT SINI..KALAU DATANG MESTI DIA LETAK BEG SINI .."..aku dah jd....SASPENNNNN...opah pun suh aku tgk kat pondok bas..aku pun pergi..TAKDE...aku rasa time tu dah 12.30tgh. huhuhuh mana pulak...KANTIN KOOOTTT..aku pun pergi pulak kantin..takdeee.....sambil jalan ke balik ke opah aku doa2 ..dia ada...tp hampa....Opah pun tanya la budak2 yang ada kat situ nampak tak arleesya...ada sorang ni kata 'ADA..AYAH DIA AMIK NAIK KETE WARNA HITAM'..huhuhuhuhuhuhuhuh......saspen aku bertambah saspenderrr..

Aku terus jd tak sedap hati..aku naik ke kelas dia pulak..pusing 3 blok sekolah tu..TAKDEEE...Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh...aku dah la pakai baju merah..tudung merah ari ni..kasut tinggi..sakit tul kaki naik turun tangga, mana la budak bertuah ni.. dah puas aku pusing sekolah ni tp takdeeeeeeee..bukan payah sangat nak cam dia..Dia sorang je budak melayu muka cina pakai pinafore. Mustahil aku terlepas pandang!

12.40tgh..aku pergi balik kat opah..dah rasa cam nak menangis pun ada. Mana la anak aku ni....ini la hati ibu kan...anak baru takde...20 min aku dah rasa 20 jam. Aku pun pergi ke bilik guru..sbb..lisya baik ngan anak cikgu kat sekolah dia tu..aku suh salah sorang cikgu kat situ carik dalam bilik tu...TAKDE JUGAK...ini bukan dah rasa nak menangis ni..nak meraung pun ada..aku jalan balik jumpa opah..TAKDE LAAA...Opah pun dah saspen nak carik sama..tiba2..aku terdengar satu suara yang sangat2 aku..nantikan..MAKKK...

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHH....memang sah2 dia dgn anak cikgu tu..sbb kawan dia tu pun ada. Aku pun apa lagi..dgn baju merah..tudung merah ..muka pun dah merah ..menahan sebak..risau..sedih..penat..letih..dah jd cam lembu je..aku rasa nampak dia rasa cam nak terkam dan tanduk2 jeee!!!!. Ya ALLAH!!!!..aku pun cakap kat opah..takpelah makcik..tu haa ada...takpe2..saya memang nak LEMPANGGGGGG dia!!!...

'PAPPPPPP" memang betul2 aku lempang dia dekat situ jugak.."PERGI MANAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA????????"..."LISYA PERGI OFIS"..."BUAT APAAA????????????????"..."TENGOK CIKGU".......APAAAAAAAAAAAAAAAA??????? aku seret tangan dia sampai ke kereta dan sambil tu aku bebel tak hengat. Ni mesti aku carik kat bilik guru td..tu yang dia baru turun. Korang bayangkan la..walaupun..'kehilangan tanpa di kesan' selama 40 minit..aku dah rasa cam..setengah hari....kalau aku tak naik bilik guru tu bgtau kat cikgu aku carik dia..ntah2...3-4 jam lagi aku tunggu...mau aku repot polis dah!..

Dan ..bersaksikan ciktam dan arleesya..di dalam kereta air mataku berguguran...huhuhuhuhuhuh...otw..aku bebel2 tak hengat..lisya tak kata apa pun.. sampai je depan rumah aku suh dia keluar...dan aku terus memandu ciktam...memujuk hati..menghala ke KFC...beli lunch..balik opis..makan sorang2..puas hati aku...huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu

Itu la kesudahannya kisah hari ini dalam sejarah....TAMAT

4 comments:

Aku ler tuh... said...

Ending dia mmg sedappp.... KFC tuh!! hampeh mu....

manisz said...

lorrr ko fiza.. syahdu giler citer.. ko yang pangggg lisya tapi ko yang jurai2 air mata.. ko patut g mkn cendol kat midnight tu, mkn KFC lagik bara! hihihihihi..

neway, pehal plak dia g tgk cikgu? sakit ker?

apapun, syukur!

MuMMy 2 Haqq said...

ko lempang dia?? x baeeekkk taauuu! lenkali pasang GPS. ehek..

~f12a~ said...

lempang2 manja gitu je laaa...
bg dia 'hengggatttt' skit...huhu..tuhan aje yang tau betapa saspender nya aku...huhuhu