Saturday, December 11, 2010

Alkisahnya.."Grooming Course.."

Lepas je balik dari Induction course kat Jeram Besu & Gombak, rest 3 hari then bertolak ke Gombak lagi. Kali ni untuk Grooming Course. Actually nama course ni agak panjang sampai aku pun dah terlupa..hehe. So ringkasnye jd la Grooming Course.

Course sehari pada 9hb Dec. 2010 aritu.. tp dah bertolak awal sehari iaitu pada 8hb Dec. Biasalah travel day..maklumla perjalanan jauhhhhhhhhhhhhh... (hehe). Aku bertiga (sham, aku dan diana) dalam kereta yang di taja oleh opis..memulakan perjalanan pada pukul 11 pg..terus singgah di vistana KL. (Special request gara2 dah kematu seminggu duk kat de palma)..heh tq shammmmmmm...malam tu pekena 'subway' kat KLCC. Itu pun dah nyaris2 tak pergi sebabnye hujan amatlahhhh lebat kusssemangat. Tp nasib baik la rejeki ada hujan pun dah mula berenti dalam pukul 8malam. Kami pun terus la ke KLCC meneruskan hajat.

Pagi esoknye iaitu 9hb..terus la carik teksi depan vistana tu. Memang la teksi tu bersepah termasuklah teksi sapu..Tapi nasib baiklah kami ni berhati2. Ada satu teksi..pakcik tu kat kete dia terang2 dah tulis TEKSI BERMETER, TAWAR MENAWAR TIDAK DIBENARKAN.

Kami pun tanya "Assalammualaikum Pakcik bole hantar ke Gombak?"
Pakcik A : "Boleh..RM30."
Kami:"Ikut meter?"
Pakcik A:TAKDE IKUT METER..HANTAR GOMBAK RM30.
Kami: Takpelah Pakcik
Pakcik A: Memang pergi Gombak RM30 takdenya teksi lain dah..
Kami pun terus blah dari situ

Kerekkkkkkk...benor...dah la tua..opsssssss..

TAKPELAH PAKCIK KAMI CARIK YANG LAIN. huhu..

Pastu tetiba ada pulak sore pakcik tanya kami..

Pakcik B: "Anak NAK GI MANA??? MEH NAIK PAKCIK."
Tengok2 dia baru kuar dari kete PERSONA. Wahh ni lagi selamberr pakcik ni.. Kami::Nak gi GOMBAK
Pakcik B: RM30.
Kami: Takpelah pakcik taknak lah...nak teksi bermeter..
Pakcik B: Korang nak bg berapa cakap?
Kami: Takpelah pakcik..kami nak naik teksi bermeter..
Pastu kami terus blah dari situ..
Tapi masih lagi terdengar sore pakcik tu jerit2...

Kami pun pergi la dekat skit ke hotel. Tiba2 datang la satu teksi yang sedang elok je parking.

Sorang Bro. ni punye teksi..kami pun tanya
Kami: "Abg bole tak hantar ke gombak ? Dan menggunakan meter?"
Bro: BOLE....memang pakai meter.

Tup2 sampai ke Gombak hanyalah RM14.10 IKUT METER!. See nasib baik ada teksi Bro. ni yang sangat2 beretika. Rupanya pakcik2 yang tua tu lagi cekik darah. Baik lagi org muda yang lebih beretika dalam bekerja kannnnnnnnnnnn...Kita kononnya nak prihatin dan hormat pada warga tua. Tp dah jd camni..camno?..huhu

Dah la lupakan pasal tu..pengajarannya berhati2. Terutamanya bila dah jarang sangat naik teksi ni kan. Selalu..kita la yang jd Supirnye. Hehe. Tiba di Gombak dalam kul 9. Ngam2 je baru nak stat. Penceramahnya Aziah Jasmin Azizul, ex-presenter TV3. We really have fun. Group aku menang dalam salah satu kuiznye..dan hadiahnye..penjagaan kulit jenama ORIGINS..



Mestilah bahagia kalau sorang satu dapat seme ni kan...ahahha...tp takde..kami dapat sorang satu produk je. Syukur alhamdulillah..aku pilih pencuci muka. Kebetulan pencuci muka aku pun dah tak beberapa nak ada. Ni la namanya rejeki terpijak.. Nak tau duta produk ni?...


Nilah dia..Shamriza..tp dia duta pada hari itu jer..hehe...

Di penghujung rancangan..kami pun tak melepaskan peluang bergambar dgn penceramah undangan..



Terima kasih daun keladi..jangan serik datang opis kami lagi!..hehe

Ni aku nak tunjuk dinner malam semalam..


Kuey teow goreng hebakk...hehe

2 comments:

manisz said...

dialognya gini lahh:-

Pakcik A:TAKDE IKUT METER..HANTAR GOMBAK RM30.
Kami: tuuu tulis teksi bermeter??
Pakcik A: xde meter, Memang pergi Gombak RM30 takdenya teksi lain dah..

mana ada kita ckp tkperlah pakcik.. hhehehehe.. mmg S**L kan pakcik tu?? eiii geram haku!

eh ko rasa Origins lau anto gmbar tu, dorang nk tak hamik aku jadi model??

~f12a~ said...

ada laaaa aku cakap......gitu..akhak..
ORIGINS amikkk punye...tapi dia amik balik produk2 yang di tayang tu..tak sanggup..sbb cun & gebu modelnye..kahkaha..