Friday, March 28, 2008

dilemma..

mengapakah manusia ini diuji dan terus di uji dan di uji dengan pelbagai dugaan?. ada pendapat mengatakan bahawasanya seseorang itu di uji sedemikian rupa kerana Yang Maha Mengetahui itu tahu orang itu mampu mengatasi dugaan berkenaan dan sekiranya orang itu mampu menghadapi segala dugaan dengan penuh redha dan bersyukur nescaya hidupnya akan dirahmati, wallahualam.

ini berbalik kepada persoalan bagaimana caranya untuk kita mengatasinya dan berfikiran positif kepada setiap perkara yang berlaku itu. banyak cerdik pandai malah orang perseorangan akan berkata, ;'Ya..tentu ada hikmah di sebaliknya. Ko sabar je lah!." Ya..ya aku mampu bersabar tp setakat mana aku harus bersabar? aku ni manusia...kesabaran aku ada hadnya. . jd apa yang perlu aku buat?..Kenapa aku yang terus di uji dan di asak dengan pelbagai desakan yang menyesakkan. Mengapa tidak si polan itu? mengapa tidak si polan ini? mengapa aku aje yang timpa perkara2..yang sukar di ramal?...kenapa? kenapa?

namun sekiranya di fikir-fikirkan semula, sekecik-kecik dugaan pun ia hanya lah dugaan yang kecik dan berterusan dan mampu di atasi. berbanding dengan mengalami satu dugaan yang maha hebat.. yang tidak pernah terfikir seblm ini seperti kehilangan org yang disayangi..mungkin kita akan berkata..sekurang-kurangnya aku masih ada org-org di sekeliling yang masih menyayangi dan di sayangi..ya ya begitulah salah satu untuk mengatakan kesedaran dan berfikiran lebih positif. Maka jd la seorang yang sentiasa bersyukur dan positif.

sesungguhnya rahmat, rezeki, ketentuan dariNya yang Maha Esa. janganlah di persoalkan tentang apa yang menimpa kita dgn apa yang menimpa orang lain. teruskan kehidupan berlandaskan nas nas kebaikan daripada rujukan yang Maha Agong itu. Insyaalllah hidup akan terus di limpahi rahmat di dunia dan di akhirat. semoga aku dan kalian akan terus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang...amin..

No comments: