Monday, April 07, 2008

Aku di uji lagi...

Kali ini lebih hebat. Sebelah untuk menuju ke arah cita-cita dan sebelah lagi keluarga. Mana satu lebih penting?..kena timbang dan fikir sebaiknya. Nak pakai dacing BN pun belum tentu dapat keputusan. Statik je la cam dacing tu.. tengah2..seimbang tatau buat pilihan yang mana satu jugak.

Mengejar cita2 untuk memperoleh jawatan lebih baik adalah penting untuk masa depan. ' after finishing my degree, i am looking forward for a promotion post' Terutamanya individu yang telah berhempas pulas, memerah keringat, mengharungi segala penat perit jerih pengorbanan. " if i have a better job, so i can feed my family well' (alah macam la selama ni family kebuluq tak makan!) Tapi apa maknanya sekiranya demi mengejar cita2.. terpaksa pula meninggalkan mereka yang di sayangi yang sebelum ini sentiasa berada di belakang kita ketika kita sedang bertarung melebarkan pengorbanan itu?' you better be frank to me if this post is in gombak or PJ will you accept it or not?" Wajarkah membiarkan mereka melihat kejayaan kita yang terlalu mengejar cita2 dan membiarkan mereka menempuhi keperitan sekali lagi di tinggalkan untuk sekian waktu?..terlalu 'selfish' kah aku.?

YA!..aku memang 'selfish' tp..aku tak mampu merealisasikan impian nak jd seperti itu. Aku terlalu baik buat mereka dan tidak sampai hati melihat si kecil itu yang menanti di muka pintu bila mana ibunya ini tidak pulang-pulang selepas jam 7 malam. ' MAKK MANA MAK NIII.." masih mampu meluahkan apa yang tersurat di sanubari walaupun pelat.

Huhuhu..kini sudah tiba masanya untuk aku melakukan pengorbanan itu! Tak apalah tak perlu hanya untuk menyedapkan hati aku yang satu dan terpaksa melukakan 10 lagi hati . Mungkin pengorbanan ini terlalu sukar untuk ku namun untuk memastikan masa depan keluarga yang lebih baik, aku rela menghadapinya. Rezeki akan tiba lagi..jika niatku yang suci murni ini mendapat hidayah dan lebih2 lagi restu suami aku yakin di hujung sana menanti satu kenikmatan yang tidak berbelah bagi..insyaallah..

No comments: