Wednesday, June 11, 2008

naik minyak..

Minyak naik dan aku pun sekali naik minyak...! Skrg ni takde dah isu lain yang lebih sensasi daripada isu harga minyak naik. Nak cakap or cite lebih2 ..pun tarak guna. Camne pun kena gak isi minyak tu. Bising camne pun wat piket ke..tunjuk perasaan ke...camtu jugak dia nak naik...naik..jugak..Minyak isi jugak kang tak bergerak pulak. Bila dah tak bergerak camne nak g keje. Bila dah tak keje ..camne nak ada income. Masa2 ni la rasanya kalau bukak station minyak buleh untung. YA KE?..

Buat masa ni tak payah buat apa2 lagi untung! Simpankan saja niat suci murni nak buat loan, tak payah tambah hutang baru, beli kete baru, beli rumah baru, kabinet baru, bini baru,..(huh), x payah lagi tgk wayang, x payah beli cd, basuh kete sendiri boley?.. cakap senang! ubah gaya hidup suh makan ubi kayu, ubi kentang..BOLEHHHHH ..sapa kata x bole selama ni pun kita dah makan..tp kerepek la. Jd untuk ubah gaya hidup daripada kita beli kerepek tu baik lah kita buat sendiri kepek tu. Semua mende kena buat sendiri sekarang ni. Lupakan saja niat makan di kedai, semua masak sendiri. Udahlah ada cukai kerajaan 5% tambah pulak cukai perkhidmatan 5%. Sudahnya dari murah jd mahal. Wat pe makan di kedai..tu belum tau lagi tah apa mende di bubuh dalam makanan. Entah2 minyak seyonyong ke..halal ke haram ke..dah peram lama makanan tu..ke..MSG..toksid..fuhh..makanan moden la katakan. Skrg ni..mcm2 makanan frozen ada. Tak ke pernah terbayang camne kesan sampingan makanan2 tu nnt pada tubuh badan kita.?

Apa yang boleh kita buat sekarang?..Skrg ni target untuk beli barang keperluan dapur saja. Masak di rumah.! Pelajari lah daripada resepi2 kat internet2..free2 je. X yah bayo..(w.pun office yang bayo). Kita boikot jangan beli apa2..Semua org kena belajar memasak. Kemahiran hidup..bertukang sendiri, wat kek sendiri, jahit baju sendiri. Masa ni kalau ramai2 pakat wat semua mende sendiri,..barulah kita tau untungnya sendiri2..bole lagi wat bisnes jual kepada mereka yang takde kesan atas kenaikan minyak. Lg bagus kalau semua org pakat wat sendiri semua mende. Masa ni..la bisnes x jalan..takde pembelian..tiada pemintaan..tiada penawaran balik semula ke zaman batu..wakakak..

Kita bukannya tak bole berubah..tp..sapa yang suh kita berubah itu la kena berubah..(wahh semakin berat topik ni)..kenapa kita kena berubah tapi mereka tidak? Ibarat seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Keadaan semakin kucar kacir skrg ni, inflasi meningkat, pasaran saham dalaman pun tidak tentu arah..kegusaran global semakin terhimpit dan
kita merasai..rakyat merintih..huhuhu...( i miss my kancil RM30 seminggu!..aci?? )

Tp tak boleh jugak perubahan macam tu...bila takde pembelian, ekonomi negara merundum pulak. Habis tu..kena gak kuarkan RM untuk membantu menjana ekonomi negara. Mula la keluar slogan2 basi..'belilah barangan buatan malaysia' etc2. Tp bila yang dikeluarkan daripada beg duit itu lebih daripada yang masuk..sapa nak jawab? Dulu masa kegawatan sekitar tahun 97-98 tak terasa sangat. Masa tu tak keje lagi..takde harta sendiri lagi..masa tu saham sendiri je yang naik walaupun ekonomi merosot. Tp sekarang amat2 terasa. Dah ada keluarga..ada keje..ada kete..kuang3. Barulah paham kenapa dulu org dok kecoh2 pasal x cukup budget.. kini baru ku tahu...(muhasabah diri kejab)...Jd apa tunggu lagi?..berubah lah !..berubah!..kalau x boleh ubah satu dunia..ubah diri kita dulu..insyaallah..kita boleh ! MALAYSIA BOLEH! PAK LAH BOLEH????? kuang3

No comments: