Tuesday, August 05, 2008

2nd place..cooking competition!

Pengalaman pertama aku dan geng2 masak group 'APA APA AJE' dapat tempat ke-2 dalam pertandingan memasak anjuran Adventure & Recreation Club pelajar UIA kuantan pada Sabtu 2/8/2008 yang lalu. Memang sangat mencabar apabila tempat untuk memasak hanyalah beralaskan tikar, bahan2 masakan disediakan oleh penganjur dan kami perlu pikir 'onthespot' nak masa apa, di samping memasak di tepi longkang dan tepi jalan (ini kalau org Pejabat Kesihatan dan MPK tau ni haruss kena tangkap!)hahah. Tapi yalah nama pun anjuran pelajar2 jd kemungkinan2 ini sepatutnya dah ada dalam pikiran masing2. Apa2 pun..bukan keselesaan memasak itu menjadi keutamaan aku dan kawan2..tapi we are really ENJOY!..dgn serba kekurangan yang ada. Insyaalllah lepas ni kalau ada lagi pertandingan masak memang kitaorang nak try lagi..BESSSTT!!!..macam IRON CHEF masing2. Tapi lebih tepat lagi..'chef selebriti' heheh..jgn mare ya along..sekali sekala kasi chance aaaa...hahaha..

*Terima kasih daun keladi wat bonda 'chef sham' yang banyak membantu mengukir hiasan2 untuk lauk pauk dan sponsor apron kami. Pasni makcik jgn serik tolong kami lg yaaaa..ahaks..Mari sertai Peraduan teka 'MANA chef sham' dan hadiahnya..selepas pesanan dari penaja'..ahaks wat saspens jer..

Bahan2 masakan yang disediakan pada hari tersebut;
ayam 1/4, telur 3 biji, bahan perisa, rempah kari, serbuk kunyit, rempah kering, daun kari, kobis, lada besar, carrot, timun, fish ball, fish cake, santan segera 2 pek, asam jawa,cili boh, kiub pati ayam,buah-buahan spt: epal,oren

Masakan yang disediakan pada hari tersebut;
kari ayam, sayur campur+fishball+fishcake, telor dadar dan fruit salad.






No comments: