Tuesday, August 19, 2008

COUNTDOWN ..5 days..to go

Korang mesti terpikir trend sekarang kebanyakkan org bekerja dan belajar. Sanggup ambil kelas malam sanggup bersengkang mata malam2 nak sudahkan assignment atau mengulangkaji. Dah kerja..dah ada pendapatan nak apa lagi?..Dgn kereneh anak2 dan 'anak sulung' lg. penat ..letih..Sesetengah org mungkin dah puas setakat itu sahaja. Namun aku percaya org yang sanggup bersusah payah untuk memperbaiki masa depannya telah dikurniai suatu 'kekuatan' olehNya.

Dalam kita menghadapi perjalanan hidup yang penuh pancaroba ini, selain memenuhkan ilmu di dada dengan bekalan akhirat, kita juga tidak harus lupa dengan kehidupan di dunia. Jadi aku nak sarankan kepada semua untuk tekadkan semangat belajar lagi sehingga kita menemui kepuasan dalam diri. Cuba kita renungi apa yang telah kita buat sepanjang hidup ini?. Apa yang bole di banggakan pada diri?..keluarga?..Apakah pencapaian yang paling membanggakan kita boleh tunjukkan kepada anak cucu kita nanti pada masa depan?..Sekiranya kita sedar apa yang kita lalui sepanjang umur ini tidak ada apa2 maka mula la dari sekarang.

Aku mula melanjutkan pelajaran pada tahun 2003. Selepas melahirkan anak sulung. Sebetulnya niat aku telah bermula sejak aku mula2 bekerja di tempat aku bekerja sekarang. Secara kebetulan, aku terlihat slip gaji seorang pekerja senior yang dah lama kerja beliau bermula jawatan sama dgn aku dah kerja lama tp gaji baru nak sampai 2K. Aduhhhh..aku takmahu la kerja sampai berpuluh2 tahun nak sampai 2K je. (masa tu) Aduhhh ini x bole jd!. Aku nak gaji banyak..camno? Kemudian aku sendiri terpikir aku muda lagi..dalam 4-5 thn akan datang..takkan tak buat apa2?..aku kena buat sesuatu agar aku dapat merasai melalui hidup tanpa kerugian. Di samping itu aku mahu anak2 aku nnt bangga..mak keje apa?..PENGARAH..PENSYARAH..PEGAWAI SAINS..DOKTER ini secara tidak langsung akan membulatkan tekad anak2 kita nnt pada masa depan..YA AKU NAK JD LEBIH BAIK DARI ITU.! Jadi hanya ada satu sahaja cara untuk merealisasikan impian itu, belajar lagi!.

Selain itu aku percaya dengan mendapat pendidikan tinggi sahaja orang akan 'respect'. Apabila kita sentiasa mengeluh dan sentiasa berseteru dengan pegawai atasan dan org disekeliling aku sering renungi dalam diri kenapa?..titik mula dan nokhtahnya adalah kerana kita juga. Kenapa org tak dengar cakap kita sedangkan kita ada idea yang lebih baik daripada mereka yang bergelar pegawai atasan itu?..kenapa?..sbb..mereka terpelajar..org lebih suka dgr mereka yang mempunyai kelayakan akademik. Jd..bulatkan tekad untuk kita mengubah kita kena berubah.!.

Namun begitu kalau dah terfikir nak sambung belajar pun janganlah hanya mengikut trend atau agak-agak lulus. Sekarang ni manusia dah semakin pandai. Sekiranya sekadar cukup2 makan je..atau asal lulus je at the end kita tidak akan ke mana juga. Time tu jangan la nak menyalahkan universiti atau kolej tempat kita belajar tu. Pokok pangkalnya diri sendiri. Tepok dada tanya selera.! Kalau dah tekad nak belajar sekadar lulus baik tak payah mula. Maka cuba la jd yang terbaik daripada yang terbaik. Semua ini berlandaskan kepada usaha. SMART PEOPLE WORKS IN SILENCE.

Aku rasa , aku harus berterima kasih kepada kakak senior tersebut kerana menyedarkan aku dengan aku terrrlihat slip gajinya. Dan minta maaf juga kerana aku terrrlihat dan mungkin juga dia tidak sedar bahawa aku telah peroleh semangat dari slip gajinya itu .Aku harap kalian yang sedang belajar lagi tu..bulatkan tekad dan semangat ..habiskan..dan bukan sekadar habiskan belajar tapi cuba la jadi yang terbaik di kalangan terbaik!. Insyaallah niat kalian yang suci murni itu akan mendapat ganjaran yang terbaik untuk masa depan. amin..

No comments: