Thursday, February 26, 2009

Jiran Tumpang si Kerbau Pendek (JKP)

Cerita yang bakal aku khabarkan di bawah memang ada kena mengena dengan yang hidup semalam. Kalau JKP tu dah tak bernyawa aku mungkin jd org paling bahagia. Kisah yang bakal korang baca ni merupakan 18SG. Terdapat bahasa2 yang tak patut di baca oleh org yang berumur 18thn ke bawah. Jd pastikan korang dah bersedia...JENG JENG JENG

Semalam merupakan hari yang cukup bersejarah. Apa taknya, seharian suntuk mengadap meeting. Pagi saja ada dua meeting yang bertindih. Ini gara2 org yang bukan bos nak jd lebih daripada bos aku sendiri. Aku yang terpaksa kejar dateline dan bila terpaksa deal ngan org yang ego nya tinggi melangit ini terpaksa akur dgn keadaan bukan aku saja..bos aku pun terpaksa tidak...merelakan. Dan semalam menyaksikan dateline mengejar aku..terpaksalah aku memasang kekuda ku..kuda ku lari pantas berani..laju lariiii...menggunakan segala keringat dan kepakaran yang ada untuk settlekan perkara yang satu itu. Satu lagi pulak kes dari plan A tetiba nak tuka plan B...ish2..kenapa nak pikir lagi perkara yang menyusahkan diri..memang ssh nak puaskan hati semua pihak tp kita bertindak ke atas sesuatu bukan untuk memuaskan diri tetapi berdasarkan kemampuan. Lantas dua perkara itu telah membuat pagi semalam menjadi....pagi yang gelap kini lebih gelap..

Petangnya pula aku dipaksa rela untuk attend meeting gara-gara 'pakej' atau 'set value meal' yang aku ambil sejak bulan 11 thn lepas. Meeting yang memang aku tak tau menahu dari a-z tak penah kena brief minute apa aku kena buat tetapi kena jd ..seksateri..ni mana aci!..mungkin aci-aci dah lama tak bukak pintu kot. Mujurlah hubby ada bg satu 'gadget' yang amat berguna. Insyallah akanku cuba buat yang terbaik.

PENAT!otak..LETIH! otak..LESU badan semuanya bercampur baur menjadi satu. 3 in 1. Lantas sebaik keje selesai aku pun pulang ke rumah (actually tak settle jugak kena pulak sambung di rumah sbb ada perkara urgent nak masuk meeting esok nya). Nak tak nak teruskan jugak. Kisah JKP bermula selepas aku pulang ke rumah. Hajat di hati nak berehat tanpa gangguan. Nak tgk SPA Q tanpa gangguan!. Namun keheningan ptg itu telah di cemari dgn bunyi yang memekakkan daripada jiran tumpang sebelah rumah.

Kenapa aku panggey jiran tumpang?. Umah aku di apit kiri kanan oleh rumah yang telah di jadikan bilik untuk di sewa oleh tuan rumah yang tak reti bahasa. Aku pun tatau mcam mana rumah kediaman bole jd bilik2 untuk disewa. Dah puas repot kat Majlis Perbandaran tp takde pun tindakan di ambil. Tatau la kalau dah 'makan suap' dek tuan rumah.(huhuh..direct selling punya sound ni!) Kalau bole senang2 jd umah tumpangan aku pun nak wat jgk bisnes ni. Nk bukak kedai 7 eleven terus. Senang la jiran2 umh tumpangan tu nak beli apa2 yang patut kan. Bila dah jd rumah tumpangan camtu..korang tentu bole bayangkan manusia2 yang menyewa kat kiri-kanan rumah aku tu. Bukan sahaja manusia2..tetapi juga ada masyarakat yang layak tinggal di zoo pun menyewa. Bukan la binatang atau haiwan ternakan yang nak aku cite ni. Dia org..tp perangainya cam masyarakat kat kandang zoo tu. Itu belum masuk kes pasangan melayu yang 'terkantoi' dgn aku.(paham2 je la). Anjing..kdg2 ada situ...bila ada org melayu yang sewa...anjing tu tatau la kena tambat kat mana. Peliknya ada jgk org melayu nak sewa kat situ...masyallah....macam mana tuuu..dia yang tak tau atau buat tatau..walllahualam. Kakak aku cite setiap hari ada perempuan berpakaian seksi hisap rokok tunggu teksi di depan rumah sebelah ni....waallahualam.

Nak dijadikan cite..adalah satu makhluk ni aku panggey je la dia JKP...semenjak dua menjak ni suka sangat test power stereo kereta dia. Takat kete 'made in malaysia' tuu nak jd kete ala2..ferrari or lamborghini..sudah-sudah la kawan..renti-rentikan la niat tu. Aku yang ada radio stereo import ni pun tak selok gitu. Cam la nak bagitau dia sorang je ada radio kete. Aku bukan nak kutuk kete dia..tp cita-cita dia yang besar tu..tak kena tempat. Korang bayangkan la dia boleh testing2 bunyi kete dia cam kat kedai accessories tu. Ni umah org..apa takde akal ke? Akal letak kat kepala lutut ke buntut!. Tu pasal la aku panggey JKP. Memang sama je perangainya.

Aku malas nak cite banyak. Aku amik hp aku yang bercamera ni...aku keluar rumah dan terus snap gambar kete itu. Tetiba bila aku nak masuk umah bole pulak JKP ni sound aku. Wah leh berkata2 rupanya..ni mesti lepas kena sampuk penyakit J.E ni. JKP sekolah rupanya...

'weh..lu tak tau ka..lepas pukul 12 baru mengganggu..lu berani repot la'

Wah2..ini sudah lebey. Cam biasa..aku tak bercakap dgn org yang low mentaliti ni. Buang masa je.! Tak lama lepas tu hubby balik...sekali dia pun sound jgk..

'hey..lu punya bini ambil gambar td..dia tatau law ke..lepas pukul 12 malam baru bole repot..kalau berani repot la....saya sewa sini bayar rm1500 sebln tau'

Eh eh..ewah2..ko byr rm1500 sebln..so what?..aku duduk free kat umah aku ..so?..aku kena jd pekak la?..ish2....salah org la JKP..salah org ko tegur tu..dan dan malam tu jugak hubby repot polis. Polis cakap..mengganggu ketenteraman awam..tak kira pukul brp....TAUUUUUUUUUU...SAPA YANG TATAU LAW SEKRANG NI?????. tu pasal la ko tuuuuu JKP!. Nak ngajar2 aku pulak.Dah tau ko mentaliti tahap rendah banyak pulak cite. Mula la gabra tu aku amik gambar. Aku tak cakap apa pun..aku snap je gambar..tu la..kalau dh tau salahhhh tuuuuuu nampak sangatttttt takotttt..Polis akan buat round stat kul 9.30mlm..bila dah ada rekod ni senang la nak wat keje. Ini bukan kes gangguan saja..ni dah siap ugutan lagi..cuba korang pikir aku x cakap apa tetiba dia gertak ..suh aku repot polis...tah pe pe. Ni mesti ada sindiket ni. Wahh pasni leh la aku jd spy..huhuh

Tp aku memang tak puas hati bila privacy aku di ganggu gugat. Bising yang macam mana?..korang nak tau??..bisingnya sampai alarm kete aku berbunyi. Korang tau camne?..kalau kilat ke guruh kuat kan sampai alarm kete bunyi. HAaa camtu la bisingnya. Bising tahap cipan..sampai gegar2 umah aku..apa cite ni. Aku bole consider lagi kalau bunyi biasa..tp ni dah tahap gegar2 ni..ini dah kes melampau!.

Pg ni aku suruh kakak aku amik phone tuan rumah tak sedar diri tu dgn bibik yang duduk kat umah tu. Bibik tu kata..org yang aku panggey JKP tu..memang dah kena halau ngan tuan rumah sbb bukan sahaja menggangu jiran tp..menggangu penyewa2 bilik dalam umah tu. Tp JKP tu takmo kuar. (huh..thats not our prob.!) Now its too much la. Mula2 bibik tu takmo bg. Bibik tu kata dia dah repot ngan tuan rumah semalam. Dia pun dgr ada 'gaduh2' tu. Dia kata dia takot apa2 jd. terus repot tuan rumah. Kakak aku pun kelentong la..cakap..nak no. tu..pasal lain. Last2 bibik tu pun bg. Hari ni..memang ngan tuan rumah tu sekali nak kena sound!. Dah lama bersabar!. Sabar ni ada batasnya. Jiran2 aku yang lain jenis takmo campur..area satu lorong tu aku je yang melayu..itu la masalahnya ssh nak hidup bermasyarakat camni. Nak je aku pindah tempat lain tp nak wat camne..takde rejeki lagi. Selagi apa yang bole di buat..selagi apa termampu buat je la.

6 comments:

z.r.k.z said...

itu apek mau kena hempuk sama itu latok woo... kasi padan muka dia!

~f12a~ said...

itu apek sulah manyak makan itu kerbau woo sudah manyak lemak tepu di telinganya...hahaha

maryati said...

wahhhhhhhhhhhhh berani giler ko ek, Syabas2!! ape2 pun berhati2 la, nak2 kalau arman tu xde, ape2 calling2 aku le kalau ada ape2 k

manisz said...

ko call aku jgk.. mana tau, lau dia tgk kete arman tk dok jer, dia wat mende2 lain kan.. pastikan pintu rumah di kunci setiap masa..

bak no kete dia, lau jumpa mana2, biar aku gores sikit.. wakakakakaka

~f12a~ said...

aku pun takde la berani jugak..tp sbb dah tak tahan dah...aku pun amik jgk langkah berjaga..memang aku pastikan semenya berkunci. TQ my fren!

~f12a~ said...

alhamdulillah sejak 2 hari lepas ni takde la dah bunyi2 yang camtu..senyap sunyi je sekalian alam. JKP tu tah la ke mana. Mmg tuan rumah dah halau kot. Argh mampus lagi baik.!..hahaha