Puas jugak pikir nak gi mana. Atas bantuan dan khidmat nasihat aunty zaza yang merupakan pelanggan tetap kedai itu maka aku gagahi jua...


Kedai tu nama Mary..kat sebelah restoran 'Man Hin' kedai makan cina, Air putih Kuantan. Dari luar kedai tu nampak cam biasa..tp bila di dalam aku rasa cam masuk dalam 'time machine.'! Memang retro abis la. Teringat cite2 lama P.ramlee. hehe. Mujurlah Nabila ni ok dan memberikan kerjasama yang baik. Aku saspen jugak tetiba dia tak mo ke..mengamuk ke maklumlah 1st time kan. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar. Rambut dari tempurung kelapa/ topi keledar dan jd layer cut. hehe..cunnn cam mak diaaaa....hahaha

Tu kisah rambut nabila hari sabtu. Now kisah nabila 1st time tgk wayang hari ahad/semalam. Cite yang tak lain tak bukan GENG:Pengembaraan bermula. a.k.a UPIN & IPIN. Walaupun tak banyak fokuskan pada watak dua kembar botak tu tp still org sebut2 cite upin&ipin. Maka bila dah tgk filem dan watak berdua tu tak difokuskan sangat ada yang rasa sedikit frust dan tak puas nak tgk. Tp aku nak tengok sangat tu ..tang keseluruhan teknik animation dalam cite tu. WAhhhh..sebagai seorang yang ada basic2 pasal senireka komputer ni..apa aku bole kata..ya..hmm..kagummmmmmm...aku kagummm anak Malaysia boleh menghasilkan filem animasi 3D yang cantek macam ni. Yg real dan tak ciplak mana2 katun dari luar negara..dan buatan malaysia. Tahniah!. Memang tak puas tgk!. Jalan cerita sangat kreatif. Fokus cerita bukan sahaja terhadap watak2 tetapi juga hidupan2 lain dalam suasana kampung.Ada unsur2 lawak dan di tambah dgn adengan2 saspen. Semuanya ada dalam filem ini!.
Aku pergi semalam kira2nya hari yang ke 11 tayangan..org sanggup duduk di barisan depan dalam panggung tu. Aku pulak dah booking tiket online dari hari jumaat. Dtg pg ahad ke panggung sbb malas nak beratur petang. Kul 11 camtu pun dah ramai org beratur. Aku tgk cite pukul 4.20 ptg. Overall aku dan anak2 enjoy..hubby?.(huhu tatau la ntah2 Zzzzzzzzzzzzz). Aku harap akan ada sambungan lagi. Dan kalinya biarlah lebihkan watak upin&ipin ..hehhehe...




2 comments:
muka biela yg mencemik tu kan, yg pic last skali tu.. sejibik cam muka ko.. hahahahahaha
Wah...ruggednye biela..ala2 superstar Hong Kong gitu..kelessssssss :))
Post a Comment