**masa kecik

**skrg
Ni la anak dara aku yang pertama. Nama nya Arleesya Najwa baru darjah 1 tahun ni. Masa placement test untuk kedudukan kelas dia masuk kelas pertama. Now, Kiranya dah dkt2 nak 2 bulan dah le. Pengalaman aku ada anak sekolah pertama kali ni cukup mencabar. Aku tatau la anak org lain camne. Tapi aku teringin jugak nak tau pengalaman2 pertama kali ada anak sekolah ni. Mungkin Allah swt nak menduga aku dan memberikan aku cabaran2 yang mencabar minda.
Hehe..kalau korang nak tau setiap hari ada saja cerita2 'ajaib' yang anak aku ceritakan. uUUu..saspen?..ha ah..aku pun saspen bila mana setiap hari dia akan ceritakan perkara2 yang pelik..UuuU saspen lagi?...tentang........barang2nya yang hilang.!
Seingat aku..dah berbatang2 pensil, berpuluh2 pemadam dan berdozen pembaris dah aku beli. Setiap hari ada je kes hilang barang. Bukan itu sahaja baju uniform (sbb dia tuka baju lain kelas KAFA) dan terbaru kasut sekolah juga hilang. Pernah aritu satu kotak pensil warna cap stabilo jumbo 24batang punnnnnnnn MIA (missing in action) alih2 esok ada plak dia bawak balik. Rupanya dia bg pinjam kawan.(baik pulak anak aku ni-rela kena marah daripada ngaku bg pinjam kawan) Tak cakap aku sbb takut aku marah. Sbb dia ckp 'hilang' tu yang aku marah daripada ngaku bg pinjam kawan!. Itu belum termasuk kes aku dah simpan stock barang2 alatulis tp dia pergi beli pulak kat kedai koperasi sekolah. Aku bg bekal nugget dia beli jugak nugget dkt sekolah.
Setiap hari apa yang aku pesan seperti berlalu di bawa angin. Camne la dalam kelas anak mak ni. Teringin aku nak gi spot check dan mengintai camne dia belajar. itu belum kira homework yang banyak dia bawak balik...buku tulis tu hanya ada satu ayat dan kadang2 kosong. Bila aku bagi dia masa buat homework bole pulak tu dia tau nak buat apa dalam buku tulis yang kosong tu. Tak lama pastu..siap dah homework dia dari buku tulis yang kosong tu. Mujurlah ingat. Kadang2 tak ingat tu..terpaksa call ibu nurin (nurin rakan sekelas arleesya. Ibu dan ayah dia kawan lama aku dan husben). Mujurlah ada ibu nurin nak share. Tiap2 hari kami update anak masing2 tentang homework. tak cukup sms...call. Penah sampai aku call ibu shahir (shahir,nurin dan arleesya sama tadika) Ibu shahir ni satu dept. ngan aku kat opis. Camni la pengorbanan ibu..nak sangat anak tu berjaya cam mak-mak ni pulak yang sekolah sudahnya.
Aku cuba mencari kenapa la arleesya ni camni. takde rasa tanggungjawab pada barang2nya yang hilang dan homework dia. ibu shahir kata ikut perangai aku kot suka ilang2 barang tak ingat kat mana..huhuh ada la betul nya jugak tu kalau faktor genetik yang di ambil kira. Aku rasa dah masa aku jangan fikirkan sangat kot. Sbb bila dia tau mak dia terlalu ambil berat dan ambil rasa tanggugjawab dia, dia jadi malas pikir. Sbb wujud perasaan 'tak ape nnt balik biar mak aku pikir..mana nak carik pemadam..pembaris pensil dan homework aku ni..aku gi sek.ni nak jumpa kawan dan main' ! agaknya laaaa tu dia pikir. So aku bertekad sejak semalam, aku nak 'ajar' dia. Aku biar dia pikir..biar dia decide sendiri barang2 dia beg sekolah dan sebagainya. Selama ni aku yang kemaskan. Sampai dia tak jumpa mana letaknya bekal makanan dia. Satu hari dia tak makan sbb tak jumpa bekal. Duit bg belanja dia beli pemadam!. Dugaan ..Cobaan...
Aku rasa mungkin dia penat sbb sehari suntuk di sekolah. Lepas sekolah pukul 1.30 sambung pulak kelas KAFA mula pukul 2.10. So aku rasa mungkin kepenatan dia menyumbang faktor ke na-no an itu. So aku dah diskus ngan hasben..seminggu mungkin pergi kelas kafa 3 kali sahaja. so aku akan amik dia..2 kali seminggu balik umah lepas kelas tengahari. Aku over protective ke..over care ke aku pun tatau. Mmg hari-hari aku muhasabah diri untuk berikan yang terbaik untuk anak aku. Ya Allah berilah aku kekuatan....aminnnnn.
3 comments:
huhuhu..cane la gamoknyer kalau anak aku pulak masuk skolaaa..alah maybe dia lum bese kot..itu yg dia wat dek je..
for me.. walopun aku tk rasa lagik tapi tang ko kata nk kasi dia berdikari tu aku setuju..
aku jugak setuju bila ko kata dia penat.. dah abis kelas, kene g kafa smpai kul 5.. tk der masa rehat.. siannnnnn.. pegi kelas KAFA tu pun msti tk dpt fokus dgn bagus.. 3 kali seminggu tu ok lah tu.. dah besar sikit, dia dah pandai manage time dia.. mcam dah drjah 5 or 6, blehlah nk suh pegi hari2.. kita masa kecik2 dulu pun lau kene mcm nie pun harus dlm hati tk suka kannnn..
pssttt.. ko nyer word verification ni kan.. buriz.. phm ke dlm otak aku pikir apa?? huahuahuahua.. tk sesueiiiiiiiiiiiiiii..
cian mak lisya ni..
Byk dah kes cam ko ni sepanjang pengamatan aku, biasa la budak2 br masuk sekolah ni mmg jd lain skit, tp ok gak le cara ko tu nak ajar dia tanggungjawap kan. Yang kelas KAFA tu kan..cian ek budak2 skang ni, seharian gitu belajar, tp itu la realitynye skang ni, budak2 zaman skang 10-12 A semua cam kacang goreng jek.
Xpe la...yang penting ko sentiasa bagi dia galakan dan sentiasa mengajar dia mana yang baik dan buruk.
Post a Comment